Jiran Di Malaysia


Assalamualaikum..... :')..gua malas nk speaking dh...mulai hary ny gua bergua-gua aje..harap maklum...BM bahasa kita!!!!

Hidup di Asia ni sangat berbeza dengan Amerika atau Eropah.. gaya hidup kita penuh dengan korservatif dan nilai-nilai kemasyarakatan. Kalau kita pergi ke area kampung.. everytimes ada event macam kenduri dan sebagainya.. damn.. memang happening gila.. orang-orang kampung datang berpusu-pusu offer pertolongan, ada yang datang bawak beras, ada yang datang menghabiskan beras, ada yang datang offer untuk pasang kemah dan sebagainya dan ada juga yang datang kacau anak dara orang.. semua orang hidup dalam keadaan harmoni dan damai.. dah macam dalam drama TV la plak..

Gua ada kampung tapi tok wan dn tok dh meninggal..disbbkan itu gua jrg blik kampung gua..so gua tak dapat nak merasakan suasana kampung seperti yang gua gambarkan diatas.. pasal everytime bila raya.. family gua semua ada kat KL.. kira kampung gua di bandar metropolis. Banyak la gua dengar story daripada member-member gua yang ada kampung, tu pasal gua tau sikit-sikit pasal gaya hidup masyarakat kampung yang selalu bersatu padu. Satu aspek yang penting dalam institusi kampung ialah hubungan jiran tetangga.. diorang ni memang rapat dan akrab.. apa-apa masalah je mesti report kat jiran, ada gosip terbaru je, mesti nak bagitau jiran.. kalau tak bagitau melalui mulut, paling koman mesti bagitau melalui twitter atau facebook..

Bila kat area bandar.. hubungan kejiranan tak selalu diamalkan..semua orang sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan kehidupan duniawi, termasuk la gua sekali.. gua adalah orang yang paling tak peramah sekali di kawasan tempat tinggal gua.. Gua tak kenal langsung siapa jiran gua.. sedangkan awek cun yang tinggal kat area gua pun gua bley tak perasan.. Bapak gua banyak kali pesan kat gua.. dia cakap 'bertegur dengan jiran, nanti apa-apa hal senang'... gua selalu menjawab balik.. 'rileks la.. apa-apa hal.. bley settle punya.. google je.. semua masalah selesai'.. hahahah.. nasib baik gua tak kena pelempang ngan mak gua....HAHAHAHA

Mungkin orang ramai akan kata yang gua ni sombong.. hmm... gua tak merasakan begitu.. pernah jugak gua terserempak dengan beberapa orang pakcik kat area rumah gua.. diorang bukan nak tegur gua.. bukan nak cakap 'good morning' ke 'hey.. amacam?' atau kata-kata sapaan kepada gua.. Diorang cuma tenung gua macam nak makan gua.. celaka punya pakcik-pakcik.. gua pun mengalah la,.. gua pun sapa la diorang dengan cara celaka gua.. gua cakap 'what the fuck asshole!' sambil tersenyum.. gua tau diorang tak paham punya.. sebab tu gua cakap macam tu.. tambahan plak diorang pun senyum balik kat gua sambil tanya gua 'dari mana?' gua pun jawab 'hell tingkat 15' pastu gua cepat-cepat blah.. gua rasa pakcik-pakcik tu pun terpinga-pinga ngan jawapan celaka gua..

Actually.. kalau gua nak storykan tentang jiran gua.. mesti panjang gila la post ni.. tapi harini gua nak fokuskan tentang jiran gua yang tinggal bersebelahan dengan rumah gua..haha... Jiran depan rumah gua ni merupakan satu keluarga.. gua tak tau berapa banyak anak-anak diorang.. lagipun gua tak minat nak tau. Jiran gua punya nama pun gua tak tau.. so takdapat la gua nak kutuk dia dengan lebih spesifik.. hahaha...

Jiran gua ada satu habit atau tabiat yang gua tak bley nak tahan.. rasa macam nak bom je rumah dia.. kalau gua ada RPG.. dah lama gua attact rumah dia.



tapi mana nak cari RPG macam kat imej atas ni? Kalau gua ada pun.. mungkin awal-awal lagi Kementerian Dalam Negeri dah sumbat gua masuk ISA pasal memiliki senjata membahaya.

Tabiat jiran gua ialah suka mengintai.. mengintai melalui tingkap dan dia cuma akan mengintai pada waktu malam je.. bermula daripada pukul 12 keatas sampai pukul 7 pagi.. Kalau setakat mengintai je takpe.. lepas mengitai mesti esok nak report kat jiran-jiran lain tentang hasil intai dia..

Gua rajin malam-malam duduk lepak beranda rumah sambil bermain gitar dan menenangkan fikiran gua.. tapi.. setiap kali gua duduk kat beranda rumah rumah gua sambil melayan lagu2 JeffryDin.. jiran gua mesti nak mengitai dan mengendap.. pastu kalau gua perasan, dia cepat-cepat sembunyikan diri.. celaka sungguh orang tua ni.. takkan dah tua-tua nak main sembunyi-sembunyi. selang beberapa minit dia selak langsir dia untuk mengintai gua lagi.. celaka!! Gua memang hot betul la.. sibuk je nak jaga tepi kain gua..

Kadang-kadang gua ngan adik pompuan gua lepak kat beranda rumah sambil tunjukkan jari fuck kat jiran gua setiap kali dia selak kain langsir untuk mengendap gua.. pernah jugak gua amik kerusi makan betul-betul depan rumah gua sambil pegang camera.. setiap kali dia selak kain langsir.. gua snap gambar dia.. tapi segala tindakan gua tidak memberi sebarang kesan langsung.. dia tetap nak mengintai. Sepanjang malam tak tidur,.., kalau gua lepak selama 8 jam kat beranda rumah.. 8 jam la dia akan sentiasa memerhati gua sambil mengintai..

Gua pernah report kat mak gua pasal perilaku jiran gua ni.. mak gua cakap biarkan je la.. mungkin dia perihatin kot.. kalau-kalau jiran-jiran ada masalah atau kalau ada rumah kena pecah masuk.. mungkin dia bley perasan dan tolong.. kira dia macam security guard la.. Ceh.. mak gua punya jawapan sangat optimist.. Pastu mak gua cakap lagi.. 'bagus jugak ada jiran macam ni, mana tau kalau ada anak-anak jiran yang malam-malam bawak balik awek kerumah.. kalau ada jiran yang kuat mengintai.. terus tak berani nak bawak balik..' Ceh.. terasa plak gua..

Untuk menguji jawapan mak gua.. beberapa hari yang lepas.. gua mencuba satu helah.. tepat pukul 1 pagi.. gua lepak sambil melayan gitar YAMAHA gua.. 1 jam 15 minit selepas mendendangkan lagu A.Ramlee.. gua pun bukak la pintu gate.. pastu gua berdiri kat depan rumah jiran gua.. gua pura-pura pening, gua perasan yang jiran gua membuka pintu sedikit demi sedikit untuk mengintai lagi.. pastu gua buat-buat pengsan kat depan rumah.. gua tak ingat berapa lama gua meniarap kat atas simen depan rumah gua.. tapi memang agak lama la jugak.. ada lebih kurang 3 jam.. gua siap bley tido lagi.. ntah apa yang gua pikirkan masa tu pun gua tak tau,, cuma malam tu, sifat celaka gua dah samapi tahap kemuncak.

Gua ingatkan jiran gua datanglah tolong gua seperti yang mak gua katakan.. tapi sayangnya.. dia buat dono je.. terus mengintai.. laki bini join sekali.. makin luas pintu rumah dia selak.. perghh.. gua punya la hot.. gua bangun terus gua sound.. 'woii.. celaka korang.. gua mampus kat sini pun korang tengok je?' Terus gua blah masuk rumah.. Stress gila..

Esoknya.. mak gua cerita kat gua yang ada orang nampak gua balik rumah mabuk pastu merapu sorang-sorang kat depan rumah.. gua terus cakap.. ' watafak sial!!!...' gua pun terus story kat mak gua apa yang berlaku semalam.. pastu mak gua bley marah gua plak.. dia marah pasal gua buat perkara yang bley mendatangkan syakwasangka kepada orang ramai..

Sehingga ke hari ini,, gua masih tak puas hati dengan jiran gua,, suka sangat mengintai rumah gua.. semua aktiviti gua dan ahli keluarga gua dia nak tau.. gua balik ngan siapa, adik gua balik pukul berapa.. siapa kawan-kawan yang lepak kat depan rumah gua, siapa yang gua bawak balik.. kira dah macam reporter.. celaka sungguh... tak aman gua tinggal kat rumah yg bernama Menara Jentayu ni...




Bagi untuk membalas dendam.. gua sekarang dah start intai dia secara terang-terangan.. malam-malam gua rajin lepak kt beranda rumah gua sambil merenung kearah tingkap jiran gua.. setiap kali dia selak je kain langsir.. gua tunjukkan fuck sama dia.. kadang-kadang gua ajak adik perempuan gua join gua sekali.. ramai-ramai attack dia, mungkin malam ni gua nak bawak satu spanduk.. kat spanduk tu gua nak tulis, 'lu intai gua, gua intai lu,'

p/s: Jiran gua memang tak best..

2 comments:

  1. biar betik kau tegur pak cik2 tu mcm tu? O.o

    ReplyDelete
  2. ko x tahu jiran2 aq cam ne...btw gua mmg tegur jiran gua mcm tu..saket haty siot

    ReplyDelete