Membela Seekor Jaguar :')


Gua cakap serious dengan korang semua. Gua tak nak bela tenuk, atau tenggiling. Hamster lagi laa gua tak suka, pasal gua rasa tergugat dengan kecomelan hamster itu sendiri. Gua pernah bela hamster dulu.. dan segala pujian-pujian pergi kepada hamster itu sendiri.

"Waaaaaa, Comelnya.. comel, comel,comel... Awwww..." Begitulah ayat yang sering gua dengar setiap kali aweks aweks melihat hamster gua dahulu. Sangat celaka hamster gua. Sehinggakan pernah satu hari tu, gua dah tak tahan lagi, gua letak hamter cilaka tu kat luar kandang dan gua hantar pembunuh upahan untuk menghapuskan hamster gua.. Pembunuh upahan itu merupakan seekor kucing gangster versi Sarip Dol.

Malangnya, gua tak tau apa yang hamster celaka tu discuss dengan kucing sampai kucing tu bley insaf dan tak menjadi Sarip Dol lagi. Deymmmm!!! Hamster paling kuat politik. Politikus punya binatang! Bullshit! CowShit! KambingShit! Biri-BiriShit! KerbauShit!



So, sebab tu gua nak bela seekor jaguar. Jaguar sangat comel, cute, dan melambangkan sifat-sifat maskulin. Melainkan kalau gua pakai T-shirt warna pink dengan gambar Barbie Doll, memakan lolipop sambil mendengar lagu Justin Bierber, tu lain story laa... time tu gua memang sesuai nak bela hamster, tetapi sebagai seorang jantan celaka yang juga merangkap perserta paling cepat tersingkir dalan program Imam Muda. Gua kena ada gaya yang ganas serta macho..


Jaguar bagi gua sangat comel, lagi-lagi jaguar yang kaler hitam. Fuhhhh... sexy habis. Kalau gua ada seekor jaguar, gua nak namakan dia Johnny sekiranya jantan atau Juliana Evans sekiranya betina. Time tu gua kena start berjimat cermat, dah tak bley makan mewah-mewah lagi, pasal gua kena beli sekurang-kurangnya 4kg daging setiap hari dan 5 little susu Anlene untuk tulang belakang jaguar gua. Zaman sekarang banyak jaguar kurang kalsium.


Kalau gua ada seekor jaguar, gua akan menghabiskan hujung minggu gua dengan jaguar gua lepak dekat Restoran Ali Bistro sambil enjoy espresso dan bermain iPhone 4S gua. Mesti ramai gila lah orang-orang semua jeles, tambahan pulak gua yakin aweks-aweks sekeliling akan mengagumi gua yang ternyata macho dan sexy kerana mampu membela seekor jaguar. :')



Kalau gua ada seekor jaguar, setiap petang gua mesti ajak jaguar gua pergi jogging dekat tasik Titiwangsa. Time tu, gua bley test lumba lari dengan jaguar gua disamping membuat beberapa senaman ringan. Tak pun gua bley ajak jaguar gua pergi tepi pantai petang-petang untuk main frisebee, selalu orang bawak anjing main frisbee, kali ni gua bawak jaguar.. Sape bley mempersoalkan gua masa tu? Sape? Sape?  Then lepas jogging gua bley BBQ dengan jaguar sambil lepak dan bermain gitar. Memang dah macam best friend lah.. Bak kata Paris Hilton.. My BFF. :')

Gua pun nak jadi BFF Paris.. time tu gua yakin Lisa Suruhani jeles sama gua.

Kalau gua ada seekor jaguar, gua tak mungkin akan kena 'paw', ragut, copet atau dirompak. Jaguar gua akan jadi pelindung gua daripada segala malapetaka yang datang daripada manusia-manusia celaka ini. Disamping itu, gua yakin yang nama gua akan disenaraikan sebagai 'orang-orang yang tak sepatutnya diganggu' oleh ahli-ahli Persatuan Penjenayah Kecil-Kecilan (PPK) cawangan Semenanjung Malaysia

Kalau gua ada seekor jaguar, everytime gua pergi semayang raya, gua tak perlu risau kalau selipar jepun gua hilang kat Masjid. Jaguar gua akan menjaga selipar gua baik-baik punya. Tambahan, aktiviti pencurian selipar juga dapat dikurangkan disamping meningkatkan tahap keselamatan di kalangan pengunjung masjid yang sedang semayang raya.

kalau takde jaguar, satu kerja plak gua kena rantai selipar gua

Kalau gua ada seekor jaguar, gua nak join Akedemi Fantasia. Time tu gua bawak jaguar gua sekali time nyanyi atas pentas. Gua nak nyanyi lagu 'Sekadar Di Pinggiran' nyanyian Fransesca Peter. "Tiada guna kau berpatah arah, jika niatmu menyambung kasih, Apalah ertinya disebalik, Tangisan atau rintihan," ehh.. aisehman.. ter-over plak..hmm gua ter-over excited ni pasal gua dah lama menyimpan impian nak join Akedemi Fantasia, tapi cuma lepas Akedemi Celaka. Hmmm.. Time tu, juri-juri tak bley nak komen nyanyian gua. Semua setuju, siap offer gua contract recording.

sampai juri pun tak berani nak tegur gua tau!

Kalau gua ada seekor jaguar, gua tak perlu naik kereta lagi. Kalau gua nak kemana-mana, gua cuma perlu tunggang jaguar gua saja. Memang jimat gila la, tak payah isi minyak, tak payah bayar insurans kereta, polis pun takde sebab munasabah nak tahan gua. Time tu, malam minggu je gua bley join geng-geng mat rempit. Mesti gua champion punya la, takde sorang berani nak race dengan gua.



So.. itu la sebab utama gua nak bela seekor jaguar. Lalu tadi gua email member gua kat Brazil, suruh dia tanya kat Jabatan Perhutanan Amazon tentang jaguar... Last last gua kena maki plak... Cilaka punya minah!! Time dia susah dulu, sape yang tolong dia? Time dia ngan bf dia bergaduh, sape yang jadi tukang mendengar leteran dan bebelan dia? Time dia sesat kat Brussels dulu, tak tau nak pergi mana, sape yang datang tolong dia tengah-tengah malam buta waktu suhu jatuh 4 Celsius?  GUA! GUA! GUA!!!!

Cilaka! Ini balasan yang gua terima! Mintak tolong sikit pun tak bley. Bukanya gua mintak seludup dadah, cuma belikan gua seekor jaguar dan postkan ke Malaysia je. Tak susah kan? Dah la.. gua tengah marah ni, takde mood nak taip lagi. Kecik hati gua sekarang. Gua nak pergi merajuk.

Comel gila... kenapa kita tak bley bela jaguar? Sialan, comel sungguh!! xoxoxo
(gua punya bebual dah macam Nora Danish la plak.. xoxo)

p/s: Jaguar merupakan haiwan yang dilindungi di hutan Amazon, kini jumlah Jaguar semakin berkurangan lebih-lebih lagi spesis Melenistic Jaguar akibat aktiviti pemburuan haram. Klau korang nak tengok jaguar puas-puas, bley la turun ke Rio De Jeneiro. Tak silap gua nama zoo tu Jardim.. Jardim Zoo.. kalau tak tau macam mana nak pergi, email gua.. gua bagi direction. Selamat mencintai jaguar!





2 comments: