Baby, Baby Baby OOOOOO


Gua tak tau kenapa gua terpikir nak namakan post ni sempena dengan lagu Justin Bebek. Eveytime gua turun club, lagu Bebek ni mesti dimainkan. Sampai gua pun dengan secara tak sengaja terhafal sekali lirik lagu ni. Owh... Gua sungguh celaka.

Gua nak story pasal baby.. Baby, satu makhluk yang sangat best serta kurang unsur celakanya.



Tadi gua chatting sama member lama gua. Punya lama tak jumpa dan ber-chatting. Daripada MSN beralih ke Skype, lama jugak la kitorang chat sehinggakan kerja-kerja gua pun ada sikit tertangguh. Walaubagaimana sekalipun, gua tak mengeluh kalau melayan member. Bagi gua mereka wajib diberi perhatian (jangan percaya ayat manis gua).

Member gua Encik Muhammad Safarin story kat gua yang member kitorang yang lagi satu, Encik Safarin ni dah ade sedara ber-baby. Hampir 9 bulan sedara beliau menjadi seorang ibu. Nama baby memang cute, Tiara Aira.. sexy habis nama baby. Sayangnya sedara Encik Safarin takde Facebook, kalau tak gua bley curi gambar satu keping untuk post ni


Happy punya happy berbual pasal baby dengan Safarin, gua pun tanya la, sapa bapak si Tiara. Ceh,... rupanya seorang mamat gangster/drug dealer yang tinggal area favelas kat Rio, (favelas bermaksud setinggan dalam slang Brasil). Terkedu gua jap. Pasal dye ni comes from a quite good family background dan berpendidikan.  Nama mamat celaka ni gua dah lupa, Safarin ada kasi tau tadi tapi gua tak amik perhatian sangat.

Yang pasti sedara Encik Safarin sekarang menjadi ibu tunggal pada usia 22 tahun, dan si mamat celaka ni plak sekarang kat dalam prison time polis ngan tentera Brazil gempur penempatan favelas di seluruh Rio de Jeneiro untuk menghapuskan sarang-sarang kartel dadah pada Oktober tahun lepas.




Tetiba gua rasa simpati plak sama sedara Safarin ni, dah la single, belum kawin,  ada baby nak jaga pulak tu. Walaupun family dia ada sikit best dan sporting, tapi takkan nak kasi baby tu membesar tanpa bapak kan? kan? kan? So, gua pun masuk la jarum nak apply jadi godfather untuk little-baby Tiara. Rupa-rupanya, gua adalah orang yang ketiga menanyakan benda yang sama. Nampak sangat baby tu tersangat comel...... \o/

Bila story pasal baby ni, kadang-kadang kita tak tau baby tu dah besar jadi apa. Contohnya macam gua, pak cik gua berharap gua jadi seorang doktor, tapi bila gua dah besar, gua tak minat langsung untuk jadi doktor (gua minat nak jadi doktor sakit puan, tak percaya? Abaikan) dan memilih kerjaya gua sendiri.

Mak gua plak berharap yang gua dah besar bley jadi Imam, tapi everytimes gua apply untuk masuk Rancangan Imam Muda je, mesti diorang reject, dah la tanya gua soalan yang susah-susah masa interview, lain kali tanya la "solat zohor ada berapa raka'at?" atau "seorang lelaki boleh kawin berapa banyak?".. Mesti gua dapat jawab punya. Tanya soalan yang susah-susah macamlah gua ni bekas student Sarjana Pengajian Islam.


Gua suka budak-budak dan baby-baby, bagi gua diorang ibarat kain putih yang gua boleh rosakkan pemikiran diorang dengan ilmu-ilmu celaka gua. Kalau korang nak tau, anak-anak sedara gua dah menjadikan amalan menyebut "kanina" setiap hari sepanjang masa dek kerana terikut-ikut dan belajar daripada gua. (Kanina bermaksud Cilaka Kau didalam bahasa Teochew atau Hokkien) Bukan setakat anak-anak sedara gua je, cousin-cousin, adik-adik serta makcik-makcik gua pun terikut-ikut sama, sikit-sikit nak cakap 'kanina', jumpa gua je terus cakap 'Abang Anas, kanina lu'...

Sebab tu gua sayang budak-budak, pasal bila diorang mencarut, memang nampak comel gila.



Member-member semua cakap:-

'kalau ko suka sangat baby dan budak kecik, pergi la kawin,'

Ceh... cakap pakai air liur boleh la. Ingat senang ke nak kawin, demmit! Gua dah la fobia bab kawin-kawin ni, dah la gua ni masih muda remaja, hidup pun tak puas berfoya-foya lagi. Tunggulah bila gua dah rasa guling-guling kat taman bunga dengan pelakon bollywood ke, kluar high-tea dengan finalist America Next Top Model ke, takpun biarlah gua tunggu Siti Nurhaliza dapat anak yang ke 17, baru la gua fikirkan nak kawin.

So, konklusi bagi dilemma gua ialah dengan menjadi muka tembok dan apply untuk menjadi baby sitter kepada member-member gua yang dah ada anak. Dan everytime member-member atau sedara-mara yang baru dapat baby, gua mesti meng-offerkan diri untuk menjadi godfather kepada baby tu.

Akhir kata, kalau korang tau sesiapa yang nak buang baby.. bagi la kat gua.,, gua sanggup jaga. GUA SERIOUS NI. TAK MAU KASI BUNUH ATAU BUANG. Baby ni best gila, kalau buang kan sayang, diorang la tempat untuk korang berkongsi pengalaman hidup korang bila korang dah tua nanti. Kalau korang dah mampus nanti, siapa lagi yang nak berebutkan harta pusaka korang kalau bukan anak-anak?



HAHA okay la ny saja cerita dongeng gua....HAHAHAHAHA tata


No comments:

Post a Comment