Gegirls dan Guitar Mereka


Sebagai seorang Nettizen yang peka kepada gelombang trend dan juga ketuhar gelombang mikro. Gua sekarang perasan yang ramai gadis-gadis sunti makin kemaruk mempelajari guitar. Fenomena ini gua klasifikasikan sebagai "Kapok Kapak Sindrom"..

Semenjak Yuna dan Anna Raffali bikin satu letusan supenova kat Malaya, gua tengok aweks-aweks sekalian terutama sekali yang masih tingkatan menengah semakin gigih nak belajar guitar dan nak jadi macam idola-idola diorang. Sebagai bekas rockers Led Zeppelin, gua ucapkan selamat berusaha.. hahhaa..




Fenomena sebegini mengingatkan gua kepada adik perempuan gua yang dulu pernah belajar guitar dengan gua.. hahahahaha... beliau sungguh malang kerana mendapat cikgu macam gua...Adik gua semuanya bley main guitar dengan baik (tapi tak sepower gua la -__-' ), kalau setakat Hotel California part rhythm, gua rasa diorang takde masalah kot.

Gua sangat celaka ketika mengajar adik gua. Disebabkan gua ni seorang yang perfectionist, segala serba serbi mesti nak perfect. Gua memang takde bakat nak jadi cikgu pasal kerja gua asik nak jentik jari adik gua dengan bertubi-tubi.. hahaha.. salah sikit jentik, lari tune sikit, kena jentik, khayal sekejap, kena jentik, merajuk dengan gua, kena jentik, melawan, kena jentik, serba serbi kena jentik ngan gua.. hahahaa. Kadang-kadang takde sebab tu pun jentik jugak.

Zaman rock kapak dulu, ada jugak awek hot yang main guitar tahap dewa. Diorang punya skill dan gaya tak macam aweks-aweks sekarang main guitar, diorang lagi ganas, siap dengan solo 'guitar hero' masing-masing, head-banging, stage diving dan perbagai aksi rock and roll. Tapi sekarang punya trend banyak dalam posisi statik. hahahahah.. Berdiri di satu tempat dan main lagu dalam 3-4 chords.




Tapi tu zaman dulu, rock and roll all night party everyday, gua tak rasa yang budak sekarang masih percaya pada fahaman rockers-rockers lama ni. Semuanya dah new age, new trend. Rock and roll dan heavy metal macam gua dah tak bley hidup lagi.. hahahah

Sebenarnya sweet jugak tengok awek-awek main guitar. Sebenarnya, bila perempuan bermain guitar, diorang punya sweet tu makin terserlah....




Semoga aweks-aweks ni teruskan aktiviti sihat sebegini, at least masa lapang diorang tak terbuang dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Dan gua harap, fenomena ni bukan setakat trend semata-mata, takut bila dah tak trendy lagi, gitar jadi berhabuk pulak.

Ohh btw...nmpk gambar atas Carla Bruni tu?? ohh itu merangkap followers gua yg x habis2 mahu mencari gaduh sama gua..gua x faham knp beliau amat addicted sama gua...mungkin gua hensem barangkali...apa2 pon beliau x reti main gitar..kalo stakat Hotel California gua lebih sadis drpd itu..Nightmare, Bat Country versi acoustic gua persembahkan....stakat ini persembahan gua...harap terhibur :')

p/s: agak-agak Carla Bruni nak jamming ngan gua tak?


2 comments: