Membela Seekor Jaguar :')


Gua cakap serious dengan korang semua. Gua tak nak bela tenuk, atau tenggiling. Hamster lagi laa gua tak suka, pasal gua rasa tergugat dengan kecomelan hamster itu sendiri. Gua pernah bela hamster dulu.. dan segala pujian-pujian pergi kepada hamster itu sendiri.

"Waaaaaa, Comelnya.. comel, comel,comel... Awwww..." Begitulah ayat yang sering gua dengar setiap kali aweks aweks melihat hamster gua dahulu. Sangat celaka hamster gua. Sehinggakan pernah satu hari tu, gua dah tak tahan lagi, gua letak hamter cilaka tu kat luar kandang dan gua hantar pembunuh upahan untuk menghapuskan hamster gua.. Pembunuh upahan itu merupakan seekor kucing gangster versi Sarip Dol.

Malangnya, gua tak tau apa yang hamster celaka tu discuss dengan kucing sampai kucing tu bley insaf dan tak menjadi Sarip Dol lagi. Deymmmm!!! Hamster paling kuat politik. Politikus punya binatang! Bullshit! CowShit! KambingShit! Biri-BiriShit! KerbauShit!



So, sebab tu gua nak bela seekor jaguar. Jaguar sangat comel, cute, dan melambangkan sifat-sifat maskulin. Melainkan kalau gua pakai T-shirt warna pink dengan gambar Barbie Doll, memakan lolipop sambil mendengar lagu Justin Bierber, tu lain story laa... time tu gua memang sesuai nak bela hamster, tetapi sebagai seorang jantan celaka yang juga merangkap perserta paling cepat tersingkir dalan program Imam Muda. Gua kena ada gaya yang ganas serta macho..


Jaguar bagi gua sangat comel, lagi-lagi jaguar yang kaler hitam. Fuhhhh... sexy habis. Kalau gua ada seekor jaguar, gua nak namakan dia Johnny sekiranya jantan atau Juliana Evans sekiranya betina. Time tu gua kena start berjimat cermat, dah tak bley makan mewah-mewah lagi, pasal gua kena beli sekurang-kurangnya 4kg daging setiap hari dan 5 little susu Anlene untuk tulang belakang jaguar gua. Zaman sekarang banyak jaguar kurang kalsium.


Kalau gua ada seekor jaguar, gua akan menghabiskan hujung minggu gua dengan jaguar gua lepak dekat Restoran Ali Bistro sambil enjoy espresso dan bermain iPhone 4S gua. Mesti ramai gila lah orang-orang semua jeles, tambahan pulak gua yakin aweks-aweks sekeliling akan mengagumi gua yang ternyata macho dan sexy kerana mampu membela seekor jaguar. :')



Kalau gua ada seekor jaguar, setiap petang gua mesti ajak jaguar gua pergi jogging dekat tasik Titiwangsa. Time tu, gua bley test lumba lari dengan jaguar gua disamping membuat beberapa senaman ringan. Tak pun gua bley ajak jaguar gua pergi tepi pantai petang-petang untuk main frisebee, selalu orang bawak anjing main frisbee, kali ni gua bawak jaguar.. Sape bley mempersoalkan gua masa tu? Sape? Sape?  Then lepas jogging gua bley BBQ dengan jaguar sambil lepak dan bermain gitar. Memang dah macam best friend lah.. Bak kata Paris Hilton.. My BFF. :')

Gua pun nak jadi BFF Paris.. time tu gua yakin Lisa Suruhani jeles sama gua.

Kalau gua ada seekor jaguar, gua tak mungkin akan kena 'paw', ragut, copet atau dirompak. Jaguar gua akan jadi pelindung gua daripada segala malapetaka yang datang daripada manusia-manusia celaka ini. Disamping itu, gua yakin yang nama gua akan disenaraikan sebagai 'orang-orang yang tak sepatutnya diganggu' oleh ahli-ahli Persatuan Penjenayah Kecil-Kecilan (PPK) cawangan Semenanjung Malaysia

Kalau gua ada seekor jaguar, everytime gua pergi semayang raya, gua tak perlu risau kalau selipar jepun gua hilang kat Masjid. Jaguar gua akan menjaga selipar gua baik-baik punya. Tambahan, aktiviti pencurian selipar juga dapat dikurangkan disamping meningkatkan tahap keselamatan di kalangan pengunjung masjid yang sedang semayang raya.

kalau takde jaguar, satu kerja plak gua kena rantai selipar gua

Kalau gua ada seekor jaguar, gua nak join Akedemi Fantasia. Time tu gua bawak jaguar gua sekali time nyanyi atas pentas. Gua nak nyanyi lagu 'Sekadar Di Pinggiran' nyanyian Fransesca Peter. "Tiada guna kau berpatah arah, jika niatmu menyambung kasih, Apalah ertinya disebalik, Tangisan atau rintihan," ehh.. aisehman.. ter-over plak..hmm gua ter-over excited ni pasal gua dah lama menyimpan impian nak join Akedemi Fantasia, tapi cuma lepas Akedemi Celaka. Hmmm.. Time tu, juri-juri tak bley nak komen nyanyian gua. Semua setuju, siap offer gua contract recording.

sampai juri pun tak berani nak tegur gua tau!

Kalau gua ada seekor jaguar, gua tak perlu naik kereta lagi. Kalau gua nak kemana-mana, gua cuma perlu tunggang jaguar gua saja. Memang jimat gila la, tak payah isi minyak, tak payah bayar insurans kereta, polis pun takde sebab munasabah nak tahan gua. Time tu, malam minggu je gua bley join geng-geng mat rempit. Mesti gua champion punya la, takde sorang berani nak race dengan gua.



So.. itu la sebab utama gua nak bela seekor jaguar. Lalu tadi gua email member gua kat Brazil, suruh dia tanya kat Jabatan Perhutanan Amazon tentang jaguar... Last last gua kena maki plak... Cilaka punya minah!! Time dia susah dulu, sape yang tolong dia? Time dia ngan bf dia bergaduh, sape yang jadi tukang mendengar leteran dan bebelan dia? Time dia sesat kat Brussels dulu, tak tau nak pergi mana, sape yang datang tolong dia tengah-tengah malam buta waktu suhu jatuh 4 Celsius?  GUA! GUA! GUA!!!!

Cilaka! Ini balasan yang gua terima! Mintak tolong sikit pun tak bley. Bukanya gua mintak seludup dadah, cuma belikan gua seekor jaguar dan postkan ke Malaysia je. Tak susah kan? Dah la.. gua tengah marah ni, takde mood nak taip lagi. Kecik hati gua sekarang. Gua nak pergi merajuk.

Comel gila... kenapa kita tak bley bela jaguar? Sialan, comel sungguh!! xoxoxo
(gua punya bebual dah macam Nora Danish la plak.. xoxo)

p/s: Jaguar merupakan haiwan yang dilindungi di hutan Amazon, kini jumlah Jaguar semakin berkurangan lebih-lebih lagi spesis Melenistic Jaguar akibat aktiviti pemburuan haram. Klau korang nak tengok jaguar puas-puas, bley la turun ke Rio De Jeneiro. Tak silap gua nama zoo tu Jardim.. Jardim Zoo.. kalau tak tau macam mana nak pergi, email gua.. gua bagi direction. Selamat mencintai jaguar!





Minah Hebat :')


Gua terjumpa satu status yang ditulis oleh seorang awek ni kat dalam satu group blogger di Facebook. Sayangnya gua tak dapat nak screenshot pasal time tu gua pakai laptop adik gua, tapi gua sempat copy ayat dia 100%.


This is the original text:


D0ne update ckeyt sbnyk kt bl0g wilda !! :) hee~
1. sape yg bl0m 4ll0w, 4ll0w ea? hee~
2. tnggalkan link k0wg kt winky widget uhh aww ?! fungsinye ialah, spye mmudahkan wilda terjah bl0g k0wg n 4ll0w k0wg ! HAHA !
3. pas2, jgn lpe bgitw wilda kt chatb0x wilda klw k0wg da 4ll0w aww ?! 2 na memudahkan lgi urusan wilda sbnrnye.. hee~
4. klw bleyh, jgn tnggalkan link kt status neyh aww.? sbb, klw k0wg tinggalkan cni mksdnye k0wg ta 4ll0w bl0g wilda.. then, 2 mknenye k0wg just na wilda 4ll0w k0wg jea n 2 ta adil ! HAHA, lgi unn, agk ssah nnti wilda na catch up k0wg alek ;)
5. jgn jdi 0wg yg wilda ta ske bleyh ta.? mksd wilda.. 0wg yg wilda ta ske ialah, leave kan link, tp ta 4ll0w wilda.. 2 wilda ta suke.. klw na wilda 4ll0w, wat laa tanggungjwab k0wg dlu, pas2 nnti wilda 4ll0w laa.. s0 please bgi c0operati0n k.? wilda ta penah unn wat cam2 kt k0wg tw.. :(
6. jdi laa 4ll0werz wilda rmy2 ea.? nnti en, dgn berbsar atynye wilda visit bl0g k0wg yg 4ll0w wilda uhh bnyk kli.. swear ! HAHA
7. wilda tnggu aww.? ILY ! :D


Gua sebanarnya nak terjemahkan kedalam ayat yang senang sikit untuk pembaca faham. Tapi kepala hotak gua rasa macam mereng serta sewel bila terjemahkan, terus gua tekan backspace dan tak jadi terjemah pasal budak bernama Wilda ni sah seorang GILA!


Gua tak nak cakap panjang-panjang, lagipun gua jarang nak mengutuk rakyat biasa, selalunya gua kutuk selebriti atau ahli politik je, tapi, statement Cik Wilda ni memang mintak di maki oleh kita semua.

Ganas sungguh paksaan beliau kepada bakal-bakal follower-follower baru beliau. Tapi gua suka part no 5. Memang cilaka punya ayat.



Semoga Cik Wilda dapat banyak follower.. tak sangka ada jugak orang yang kemaruk kumpul follower, macam kumpul stem la plak. Bagi pendapat gua, ada follower atau takde follower tak penting, pasal bloggers semua syiok sendiri je, tulis apa yang kita suka, termasuk la gua sendiri.


Blog hanya satu platform untuk blogger-blogger menyampaikan perspektif serta pandangan peribadi mereka sendiri. Kalau nak popular, join la Akedemi Fantasia atau Imam Muda. Gua pasti akan vote keluar korang.

p/s- Cik Wilda dh private blog beliau..agak nya x tahan dicerca sama gua :')

Gegirls dan Guitar Mereka


Sebagai seorang Nettizen yang peka kepada gelombang trend dan juga ketuhar gelombang mikro. Gua sekarang perasan yang ramai gadis-gadis sunti makin kemaruk mempelajari guitar. Fenomena ini gua klasifikasikan sebagai "Kapok Kapak Sindrom"..

Semenjak Yuna dan Anna Raffali bikin satu letusan supenova kat Malaya, gua tengok aweks-aweks sekalian terutama sekali yang masih tingkatan menengah semakin gigih nak belajar guitar dan nak jadi macam idola-idola diorang. Sebagai bekas rockers Led Zeppelin, gua ucapkan selamat berusaha.. hahhaa..




Fenomena sebegini mengingatkan gua kepada adik perempuan gua yang dulu pernah belajar guitar dengan gua.. hahahahaha... beliau sungguh malang kerana mendapat cikgu macam gua...Adik gua semuanya bley main guitar dengan baik (tapi tak sepower gua la -__-' ), kalau setakat Hotel California part rhythm, gua rasa diorang takde masalah kot.

Gua sangat celaka ketika mengajar adik gua. Disebabkan gua ni seorang yang perfectionist, segala serba serbi mesti nak perfect. Gua memang takde bakat nak jadi cikgu pasal kerja gua asik nak jentik jari adik gua dengan bertubi-tubi.. hahaha.. salah sikit jentik, lari tune sikit, kena jentik, khayal sekejap, kena jentik, merajuk dengan gua, kena jentik, melawan, kena jentik, serba serbi kena jentik ngan gua.. hahahaa. Kadang-kadang takde sebab tu pun jentik jugak.

Zaman rock kapak dulu, ada jugak awek hot yang main guitar tahap dewa. Diorang punya skill dan gaya tak macam aweks-aweks sekarang main guitar, diorang lagi ganas, siap dengan solo 'guitar hero' masing-masing, head-banging, stage diving dan perbagai aksi rock and roll. Tapi sekarang punya trend banyak dalam posisi statik. hahahahah.. Berdiri di satu tempat dan main lagu dalam 3-4 chords.




Tapi tu zaman dulu, rock and roll all night party everyday, gua tak rasa yang budak sekarang masih percaya pada fahaman rockers-rockers lama ni. Semuanya dah new age, new trend. Rock and roll dan heavy metal macam gua dah tak bley hidup lagi.. hahahah

Sebenarnya sweet jugak tengok awek-awek main guitar. Sebenarnya, bila perempuan bermain guitar, diorang punya sweet tu makin terserlah....




Semoga aweks-aweks ni teruskan aktiviti sihat sebegini, at least masa lapang diorang tak terbuang dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Dan gua harap, fenomena ni bukan setakat trend semata-mata, takut bila dah tak trendy lagi, gitar jadi berhabuk pulak.

Ohh btw...nmpk gambar atas Carla Bruni tu?? ohh itu merangkap followers gua yg x habis2 mahu mencari gaduh sama gua..gua x faham knp beliau amat addicted sama gua...mungkin gua hensem barangkali...apa2 pon beliau x reti main gitar..kalo stakat Hotel California gua lebih sadis drpd itu..Nightmare, Bat Country versi acoustic gua persembahkan....stakat ini persembahan gua...harap terhibur :')

p/s: agak-agak Carla Bruni nak jamming ngan gua tak?


Think About

Assalamualaikum...tajuk je English but gua akan speak Malay from now onwards...sekiranya gua ada mood nak speak English gua maklumkan....harap maklum :')


Selepas, dua lepas, tiga lepas jam gua berfikir.. ada la jugak berbanyak kali, gua merasakan tak patut gua bikin ini blog private untuk member-member gua je.. pasal gua rase tak patut. Gua dapat merasakan aura-arau celaka di luar sana yang dahagakan kecelakaan gua.. so harini dengan penuh hormatnya gua bukak ini blog untuk tatapan public.

Korang nak tau macam mane gua bley tergerak hati mau kasi ini blog public? Pasal hati gua tergerak laa....kekekeke... gurau je. Selama gua memblogging ni, gua bosan gak blog untuk golongan akedemik je.. blog pasal ekonomi la, blog pasal politk la, ex la, maktab la, takde plak blog pasal peribadi gua, menceritakan tentang kisah hidup gua.. (sebenarnya ada, tapi bukan dalam Bahasa Malaysia atau English) hampir kesemua blog aku bukan dalam Bahasa Malaysia.. so aku nak jugak cakap BM... asik cakap omputeh je, tak world laa..(bak kata Wawi)

Gua nak abadikan blog ini untuk menceritakan tentang hidup gua, member-member gua, kisah kecelakaan yang berlaku didunia dan sifat-sifat poyo gua.. Bila lagi gua nak jadi poyo kan? Kat blog ni je la..

Lagi satu, penggunaan Bahasa Malaysia gua tidak diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.. gua akan gunakan slang gua sendiri, gaya dan struktur ayat gua sendiri dan asimilisasi pelbagai bahasa dalam pembinaan perenggan gua.. kalau tak puas hati.. tolong maki gua.. Gua jugak ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan ampun kepada cikgu-cikgu BM gua di sekolah kerana ajaran dan didikan dia kepada gua tak berhasil langsung.. akhirnya gua jadi orang gila bila dah habis sekolah.. hakhak...

Kepada yang membaca blog ni sama ada member gua atau pelawat.. kalau korang terasa nak ketawa, tolong ketawa kuat-kuat.. kalau rasa nak maki gua... maki gua dengan terang-terangan, kalau ada yang berkenan sama gua.. gua nasihatkan kepada awek-awek disana.. hati gua sudah dimiliki oleh Lisa Surihani, Diana Danielle, Nora Danish, Sofia Jane, dan Ramlah Ram. Kalau masih berdegil gak nak ngorat gua.. Gua pasrah


Dilema Seorang Bachelor Berjaya

Assalamualaikum...setelah beberapa lama....hary ny gua terniat nak mengupdate blog gua...hary ny dh 11 March 2012.... :')


Gua sangat konpius, rasa macam dalam dilemma je sekarang ni.

Post gua banyak tak publish, semua terperap kat dalam draft kerana semua post gua panjang berjela..

Nanti gua kasi post panjang-panjang, korang plak penat nak baca, tapi dalam hati sanubari gua ni ada banyak benda nak membebel dan berkongsi cerita hidup gua yang penuh kecelakaan..

Pagi tadi gua hantar private messege kat Lisa Surihani melaui twitter, gua tanya sama ada dia pergi Batu Caves tak harini, mana la tau kalau-kalau Lisa celebrate Thaipusam. Bley gua teman dia mendaki tangga kat Batu Caves yang setinggi 270 anak tangga. Tapi Lisa tak balas-balas lagi.

Gua plak daripada semalam tak bley tido, gua sampai KL pukul 2 pagi tadi dan sampai sekarang gua tak tido.

Hmm.. agak-agak kalau gua kasi post yang panjang-panjang lagi, korang menyampah tak dengan gua? Hmm gua tengah konpius ni.

Tapi lantakla.. kalau mood gua best esok nanti, gua post publishkan salah satu daripada post gua yang panjang lebar..


Apa2 pon...gua tetap ingat, cinta, sayang, loving, fuckit cinta ex gua merangkap first love gua merangkap best friend forever gua merangkap kekasih haty gua merangkap suri haty gua merangkap cinta kekal abadi gua merangkap teman gelak ketawa gua merangkap teman gaduh gua merangkap benda yg gua boleh mengutuk merangkap tempat gua meluahkan kesedihan gua merangkap teman sehidup semati gua...gua bnyk nak membebel ny tapi nnti Mr Google ny mengamuk kt gua plak...




Ny la awek gua merangkap bekas gua merangkap first love gua...gua gelar dia Nurfatihah Masrurah binti Mohammad...dye ada lesung pipit, muka yg cantik...senang cerita dye baik dan baik...tp dia mntk clash sama gua...bkn gua jahat..fuck gua seorang yg baik sebenarnya..gua tahu beliau ada problem yg x dapat dikongsi bersama gua...a[a2 pon gua tggu masa beliau nk bagitahu gua problem beliau yg sebenarnya...gua sggp menunggu walaupon 1 minit....HAHAHAHA...fuck gua cinta beliau ny tahap gua benci meluat terhadap Fasha Sandha..sepanjang career gua sebagai khalifah di planet BUMI ny..( OHH AYAT INI TERLAMPAU CELAKA )..beliau je la perempuan yg berjaya memikat haty gua...apa2 pon gua x nak ckp mcm kera..gua sayang dn akan tggu dye...utk maklumat penstalker sekalian...gigi beliau ala2 rabbit a.k.a SANDY dalam cerita SponsBob...HAHAHA ( MAMPOS GUA KALO DYE BACA ENTRY NY )

p/s : jgn sebarkan kt orang ramai

Rancangan TV dan Trauma terhadap Saya

Assalamualaikum :')


Masa zaman gua sekolah dulu, ada beberapa rancangan TV yang bagi gua sangat celaka dan memberikan impak trauma pada gua.. Kesan side-effect ni kekal sampai sekarang, sebabtulah gua sekarang sewel dan mereng... otak dah tak betul dek kerana menonton rancangan TV ni..

Korang mesti ingat rancangan Barney and Friends kan? Yang ada seekor dinasaur warna purple dikerumuni oleh kanak-kanak..



Bagi gua Barney ni sangat celaka.. kalau korang perasan, body-language Barney menampakkan diri dia seekor dinasaur yang pervert serta pedophile, cara cakap dia macam nak cabul kanak-kanak kat dalam rancangan tu.. gua sekali tengok rancangan TV ni dah bley baca sifat dia..

Lepas tu setiap kali habis rancangan, dia mesti nak nyanyi lagi trademark dia, "I love you, you love me, we are happy family" sambil memeluk kanak-kanak.. Damn.. gua punya bulu roma dah naik meremang.. Ni semua adik gua punya pasal la.. dia punya celaka sampai rancangan macam ni pun nak tengok.

Cakap pasal rancangan kanak-kanak, masa gua kecik-kecik dulu, ada satu lagi rancangan yang sangat celaka, tak silap gua nama rancangan tu High-5



Entah apa yang best ngan rancangan ni, gua tengok ramai bebudak suka sangat tengok rancangan ni, lepas tu selang beberapa minit, mesti ada aktiviti menyanyi dan menari.. part menari yang gua tak bley tahan, pasal cara dia menari tu sangat celaka yang mengundang maki hamun gua.

Walaupun gua kutuk rancangan ni, tapi kadang-kadang kalau takde orang kat rumah, gua pun ikut join sekali menari sewaktu rancangan ni berkumandang.. hmm.. gua pun celaka jugak..

Bagi gua rancangan ni tidak memberikan sebarang faedah kepada kanak-kanak.. Moral gua pun masa tu dah start jatuh dek akibat menonton rancangan ni. Nasib baik mak gua tak hantar gua ke pusat pemulihan akhlak..

Masa zaman akhir 90'an an awal 2000, rakyat Malaysia begitu taksub dengan rancangan telenovela berbahasa latin. Terutama sekali bagi pihak ibu-ibu suri rumah, mesti takkan miss rancangan telenovela ni, dah la rancangan ni banyak episod, kalau 30 hingga 40 episod tu kira ok lagi la.. ni satu telenovela mau dekat 200 episod, dari Isnin sampai Jumaat, mesti ada rancangan telenovela ni kat TV2, TV3 dan NTV7..

Antara telenovela yang gua masih ingat lagi ialah rancangan Rosalinda..



Hmm,,, rancangan ni dah la bersifat jiwang karat, pastu penuh dengan plot cemburu, cinta, dendam dan pengkhiatan, lepas tu banyak sangat adegan suspens. Gua trauma dengan Rosalinda kerana sifat dia yang konon-kononya berjiwa kental dan cekal, sekali datang seekor jantan latino, terus meleleh tak bermaya.. watafak sial ini minah..

Lagi satu rancangan yang gua tak bley angkat ialah Xena The Warrior Princess.. memang bullshit habis, mengisahkan tentang seorang wirawati yang berkelana untuk menghapuskan kuasa jahat dan kuasa magik..



Ntah hapa-hapa la ngan rancangan TV masa tu, rancangan mengarut yang penuh dengan teori dan adegan mistik pun nak tayangkan ke?

Faktor utama gua tak suka Xena The Warrior Princess ialah watak Xena tak cun langsung... cuba la amik Lisa Surihani berlakon, mesti best.. pastu taruk gua sebagai side-kick Lisa, mesti meletup punya rancang ni. Faktor kedua gua tak suka rancangan ni ialah pada kostum dia. Kstum sangat buruk serta tidak menyelerakan.. tak sexy langsung... nak jadi pahlawan mesti la dress macam seorang pahlawan.. pakai la baju kebaya dengan high-heel Jimmy Choo.. mesti mengancam..

Last sekali, rancangan yang paling amat amat amat amat amat gua benci serta trauma ialah WWE atau dulunya dikenali sebagai WWF.. sangat bullshit!!



Setiap minggu mesti disiarkan kat TV, pastu apa yang diorang buat kat dalam rancangan ni ialah bergaduh sambil maki memaki je.. memang tak nampak ganas langsung.

Dah la gaduh cara tipu, pastu dia punya sakit tu palsu, yang gua tak bley tahan ialah penonton-penonton punya la gila babi teruja, 100% fokus pada setiap fight. Terutama sekali pak cik gua.. perghh.. orang tua tu memang tak bley miss wrestling.. mesti nak tengok wrestling, gua pun tak paham, dah tua-tua pun masih ada selera pada keganasan dan kekerasan.( mampos gua kalo dia baca ni)

Gua trauma ngan wrestling pasal diorang sangat gross!! Dress macam gay, dengan pakai speedo atau seluar ketat yang diperbuat daripada lurex atau kulit, pastu sebelum fight mesti nak bikin drama. Memang rancangan ni khas untuk gay.. Stupid betul!

Actually gua cuma ceritakan beberapa rancangan TV yang bagi gua sangat celaka. Sebenarnya banyak lagi rancangan celaka.. tapi gua tak bley taip panjang-panjang.. nanti member gua Cik Tengku Adriana komplain gua taip panjang-panjang..

p/s: Bagi gua rancangan Adamaya pun celaka jugak,.. tapi memandangkan Lisa Surihani berlakon, gua tak berani nak kutuk..





Jiran Di Malaysia


Assalamualaikum..... :')..gua malas nk speaking dh...mulai hary ny gua bergua-gua aje..harap maklum...BM bahasa kita!!!!

Hidup di Asia ni sangat berbeza dengan Amerika atau Eropah.. gaya hidup kita penuh dengan korservatif dan nilai-nilai kemasyarakatan. Kalau kita pergi ke area kampung.. everytimes ada event macam kenduri dan sebagainya.. damn.. memang happening gila.. orang-orang kampung datang berpusu-pusu offer pertolongan, ada yang datang bawak beras, ada yang datang menghabiskan beras, ada yang datang offer untuk pasang kemah dan sebagainya dan ada juga yang datang kacau anak dara orang.. semua orang hidup dalam keadaan harmoni dan damai.. dah macam dalam drama TV la plak..

Gua ada kampung tapi tok wan dn tok dh meninggal..disbbkan itu gua jrg blik kampung gua..so gua tak dapat nak merasakan suasana kampung seperti yang gua gambarkan diatas.. pasal everytime bila raya.. family gua semua ada kat KL.. kira kampung gua di bandar metropolis. Banyak la gua dengar story daripada member-member gua yang ada kampung, tu pasal gua tau sikit-sikit pasal gaya hidup masyarakat kampung yang selalu bersatu padu. Satu aspek yang penting dalam institusi kampung ialah hubungan jiran tetangga.. diorang ni memang rapat dan akrab.. apa-apa masalah je mesti report kat jiran, ada gosip terbaru je, mesti nak bagitau jiran.. kalau tak bagitau melalui mulut, paling koman mesti bagitau melalui twitter atau facebook..

Bila kat area bandar.. hubungan kejiranan tak selalu diamalkan..semua orang sibuk dengan kerja harian, sibuk dengan kehidupan duniawi, termasuk la gua sekali.. gua adalah orang yang paling tak peramah sekali di kawasan tempat tinggal gua.. Gua tak kenal langsung siapa jiran gua.. sedangkan awek cun yang tinggal kat area gua pun gua bley tak perasan.. Bapak gua banyak kali pesan kat gua.. dia cakap 'bertegur dengan jiran, nanti apa-apa hal senang'... gua selalu menjawab balik.. 'rileks la.. apa-apa hal.. bley settle punya.. google je.. semua masalah selesai'.. hahahah.. nasib baik gua tak kena pelempang ngan mak gua....HAHAHAHA

Mungkin orang ramai akan kata yang gua ni sombong.. hmm... gua tak merasakan begitu.. pernah jugak gua terserempak dengan beberapa orang pakcik kat area rumah gua.. diorang bukan nak tegur gua.. bukan nak cakap 'good morning' ke 'hey.. amacam?' atau kata-kata sapaan kepada gua.. Diorang cuma tenung gua macam nak makan gua.. celaka punya pakcik-pakcik.. gua pun mengalah la,.. gua pun sapa la diorang dengan cara celaka gua.. gua cakap 'what the fuck asshole!' sambil tersenyum.. gua tau diorang tak paham punya.. sebab tu gua cakap macam tu.. tambahan plak diorang pun senyum balik kat gua sambil tanya gua 'dari mana?' gua pun jawab 'hell tingkat 15' pastu gua cepat-cepat blah.. gua rasa pakcik-pakcik tu pun terpinga-pinga ngan jawapan celaka gua..

Actually.. kalau gua nak storykan tentang jiran gua.. mesti panjang gila la post ni.. tapi harini gua nak fokuskan tentang jiran gua yang tinggal bersebelahan dengan rumah gua..haha... Jiran depan rumah gua ni merupakan satu keluarga.. gua tak tau berapa banyak anak-anak diorang.. lagipun gua tak minat nak tau. Jiran gua punya nama pun gua tak tau.. so takdapat la gua nak kutuk dia dengan lebih spesifik.. hahaha...

Jiran gua ada satu habit atau tabiat yang gua tak bley nak tahan.. rasa macam nak bom je rumah dia.. kalau gua ada RPG.. dah lama gua attact rumah dia.



tapi mana nak cari RPG macam kat imej atas ni? Kalau gua ada pun.. mungkin awal-awal lagi Kementerian Dalam Negeri dah sumbat gua masuk ISA pasal memiliki senjata membahaya.

Tabiat jiran gua ialah suka mengintai.. mengintai melalui tingkap dan dia cuma akan mengintai pada waktu malam je.. bermula daripada pukul 12 keatas sampai pukul 7 pagi.. Kalau setakat mengintai je takpe.. lepas mengitai mesti esok nak report kat jiran-jiran lain tentang hasil intai dia..

Gua rajin malam-malam duduk lepak beranda rumah sambil bermain gitar dan menenangkan fikiran gua.. tapi.. setiap kali gua duduk kat beranda rumah rumah gua sambil melayan lagu2 JeffryDin.. jiran gua mesti nak mengitai dan mengendap.. pastu kalau gua perasan, dia cepat-cepat sembunyikan diri.. celaka sungguh orang tua ni.. takkan dah tua-tua nak main sembunyi-sembunyi. selang beberapa minit dia selak langsir dia untuk mengintai gua lagi.. celaka!! Gua memang hot betul la.. sibuk je nak jaga tepi kain gua..

Kadang-kadang gua ngan adik pompuan gua lepak kat beranda rumah sambil tunjukkan jari fuck kat jiran gua setiap kali dia selak kain langsir untuk mengendap gua.. pernah jugak gua amik kerusi makan betul-betul depan rumah gua sambil pegang camera.. setiap kali dia selak kain langsir.. gua snap gambar dia.. tapi segala tindakan gua tidak memberi sebarang kesan langsung.. dia tetap nak mengintai. Sepanjang malam tak tidur,.., kalau gua lepak selama 8 jam kat beranda rumah.. 8 jam la dia akan sentiasa memerhati gua sambil mengintai..

Gua pernah report kat mak gua pasal perilaku jiran gua ni.. mak gua cakap biarkan je la.. mungkin dia perihatin kot.. kalau-kalau jiran-jiran ada masalah atau kalau ada rumah kena pecah masuk.. mungkin dia bley perasan dan tolong.. kira dia macam security guard la.. Ceh.. mak gua punya jawapan sangat optimist.. Pastu mak gua cakap lagi.. 'bagus jugak ada jiran macam ni, mana tau kalau ada anak-anak jiran yang malam-malam bawak balik awek kerumah.. kalau ada jiran yang kuat mengintai.. terus tak berani nak bawak balik..' Ceh.. terasa plak gua..

Untuk menguji jawapan mak gua.. beberapa hari yang lepas.. gua mencuba satu helah.. tepat pukul 1 pagi.. gua lepak sambil melayan gitar YAMAHA gua.. 1 jam 15 minit selepas mendendangkan lagu A.Ramlee.. gua pun bukak la pintu gate.. pastu gua berdiri kat depan rumah jiran gua.. gua pura-pura pening, gua perasan yang jiran gua membuka pintu sedikit demi sedikit untuk mengintai lagi.. pastu gua buat-buat pengsan kat depan rumah.. gua tak ingat berapa lama gua meniarap kat atas simen depan rumah gua.. tapi memang agak lama la jugak.. ada lebih kurang 3 jam.. gua siap bley tido lagi.. ntah apa yang gua pikirkan masa tu pun gua tak tau,, cuma malam tu, sifat celaka gua dah samapi tahap kemuncak.

Gua ingatkan jiran gua datanglah tolong gua seperti yang mak gua katakan.. tapi sayangnya.. dia buat dono je.. terus mengintai.. laki bini join sekali.. makin luas pintu rumah dia selak.. perghh.. gua punya la hot.. gua bangun terus gua sound.. 'woii.. celaka korang.. gua mampus kat sini pun korang tengok je?' Terus gua blah masuk rumah.. Stress gila..

Esoknya.. mak gua cerita kat gua yang ada orang nampak gua balik rumah mabuk pastu merapu sorang-sorang kat depan rumah.. gua terus cakap.. ' watafak sial!!!...' gua pun terus story kat mak gua apa yang berlaku semalam.. pastu mak gua bley marah gua plak.. dia marah pasal gua buat perkara yang bley mendatangkan syakwasangka kepada orang ramai..

Sehingga ke hari ini,, gua masih tak puas hati dengan jiran gua,, suka sangat mengintai rumah gua.. semua aktiviti gua dan ahli keluarga gua dia nak tau.. gua balik ngan siapa, adik gua balik pukul berapa.. siapa kawan-kawan yang lepak kat depan rumah gua, siapa yang gua bawak balik.. kira dah macam reporter.. celaka sungguh... tak aman gua tinggal kat rumah yg bernama Menara Jentayu ni...




Bagi untuk membalas dendam.. gua sekarang dah start intai dia secara terang-terangan.. malam-malam gua rajin lepak kt beranda rumah gua sambil merenung kearah tingkap jiran gua.. setiap kali dia selak je kain langsir.. gua tunjukkan fuck sama dia.. kadang-kadang gua ajak adik perempuan gua join gua sekali.. ramai-ramai attack dia, mungkin malam ni gua nak bawak satu spanduk.. kat spanduk tu gua nak tulis, 'lu intai gua, gua intai lu,'

p/s: Jiran gua memang tak best..