Think About

Assalamualaikum...tajuk je English but gua akan speak Malay from now onwards...sekiranya gua ada mood nak speak English gua maklumkan....harap maklum :')


Selepas, dua lepas, tiga lepas jam gua berfikir.. ada la jugak berbanyak kali, gua merasakan tak patut gua bikin ini blog private untuk member-member gua je.. pasal gua rase tak patut. Gua dapat merasakan aura-arau celaka di luar sana yang dahagakan kecelakaan gua.. so harini dengan penuh hormatnya gua bukak ini blog untuk tatapan public.

Korang nak tau macam mane gua bley tergerak hati mau kasi ini blog public? Pasal hati gua tergerak laa....kekekeke... gurau je. Selama gua memblogging ni, gua bosan gak blog untuk golongan akedemik je.. blog pasal ekonomi la, blog pasal politk la, ex la, maktab la, takde plak blog pasal peribadi gua, menceritakan tentang kisah hidup gua.. (sebenarnya ada, tapi bukan dalam Bahasa Malaysia atau English) hampir kesemua blog aku bukan dalam Bahasa Malaysia.. so aku nak jugak cakap BM... asik cakap omputeh je, tak world laa..(bak kata Wawi)

Gua nak abadikan blog ini untuk menceritakan tentang hidup gua, member-member gua, kisah kecelakaan yang berlaku didunia dan sifat-sifat poyo gua.. Bila lagi gua nak jadi poyo kan? Kat blog ni je la..

Lagi satu, penggunaan Bahasa Malaysia gua tidak diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.. gua akan gunakan slang gua sendiri, gaya dan struktur ayat gua sendiri dan asimilisasi pelbagai bahasa dalam pembinaan perenggan gua.. kalau tak puas hati.. tolong maki gua.. Gua jugak ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf dan ampun kepada cikgu-cikgu BM gua di sekolah kerana ajaran dan didikan dia kepada gua tak berhasil langsung.. akhirnya gua jadi orang gila bila dah habis sekolah.. hakhak...

Kepada yang membaca blog ni sama ada member gua atau pelawat.. kalau korang terasa nak ketawa, tolong ketawa kuat-kuat.. kalau rasa nak maki gua... maki gua dengan terang-terangan, kalau ada yang berkenan sama gua.. gua nasihatkan kepada awek-awek disana.. hati gua sudah dimiliki oleh Lisa Surihani, Diana Danielle, Nora Danish, Sofia Jane, dan Ramlah Ram. Kalau masih berdegil gak nak ngorat gua.. Gua pasrah


No comments:

Post a Comment