Durian??? NOOOOO


Bangun tidoq pukul 11 pagy. Dah macam millionaire la plak, suka-suka hati gua je bangun lambat. Maklumlah, gua ni masih lagi anak dara, kalau bangun lambat tu tak jadi masalah, kalau gua dah meningkat dewasa sikit, gua dah tak bley nak bangun 'super' lewat macam ni, takut takde awek-awek yang nak masuk meminang gua. Gua ni takde la nak memilih sangat bakal bini gua, agak-agak bley bagi gua kekayaan dan kefoya-foyaan, gua terima dengan seadanya.

Berbalik pada tajuk entri gua harini.... 'Durian??? NOOOOO' Agak-agak korang bley interpretasikan tak maksud tersurat dan tersirat dia? Teettt... Tepat sekali, gua anti-durian. Sebagaimana gua tak suka Fasha Sanda punya gedik, seperti itu la perasaan gua terhadap durian.



Gua teramat takut dan benci kepada durian. Kira gua punya tekak ni saing-saing pattern dengan mat-mat saleh diluar sana yang rata-rata tak suka durian. Daripada bau durian hingga ke rasa durian, segala serba serbi pasal durian gua fobia. Gua pun tak tau macam mana gua bley develop sensitiviti pada durian. Dari gua kecik lagi, gua memang fuck gila durian.

Pernah jugak gua try makan durian, time gua kecik-kecik dulu gua tengok family members gua sama relatives mesti histeria tahap beruk kalau jumpa durian. Bukan histeria kerana tak suka durian, tapi SUKA yang terlampau sangat. So bila dah ramai-ramai enjoy durian, gua pun nak join sekali, walaupun gua tau yang gua ni memang tak suka durian... tapi demi nak join diorang semua, gua kasi trick minda gua macam skill Dr. Azizan... hakhakhak.. (padahal time tu gua rasa Dr. Azizan blum wujud lagi kot)



Gua pun bikin la macam yang Dr. Azizan buat.... gua cakap :-

"Durian itu sedap, durian itu sedap" berulang ulang kali dengan harapan mantera yang gua baca ni bakal mengubah persepsi gua terhadap durian.

Ceh... Indah kabar dari rupa.. skill Dr. Azizan tak menjadi, baru je durian masuk mulut... gua terus 'bueekkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'


So, semenjak daripada itu, gua bertekad untuk menjauhkan diri gua daripada durian, kerana, bau durian saja dah boleh buat gua muntah, apatah lagi memakan durian. Hidung gua memang boleh mengesan bau durian dari jarak sejauh 50 meter radius di sekeliling gua. Bila gua dapat detect je bau durian. Dengan cepat-cepat gua melarikan diri sejauh-jauh mungkin. Dan kalau sekiranya gua tak dapat melarikan diri gua. Gua akan menutup hidung atau menahan nafas sampai bau celaka durian tu hilang.

Bila cakap pasal durian, gua teringatkan member gua Cik Raihana Alisya .  Muka punya la cun nak mampus, tapi sayangnya dia seorang penagih. Penagih durian. Kalau time musim durian tu, mulut dan badan dia mesti bau durian. Buat membazir je beli perfume Boss memandangkan bau perfume dah kena blok dengan bau durian yang kurang menyelerakan.


 p/s : gua agak mengarut kan??



No comments:

Post a Comment